Monday 17 June 2013

Syarikat Tipu, Pelakon Baru dakwa Dicabul Pengarah.



alt
 
SERDANG 17 Jun - Seramai enam orang individu mewakili kira-kira 20 orang krew dan pelakon membuat laporan polis selepas berasa tertipu dengan sebuah syarikat penerbitan filem.
 
Pelakon Mohd Zani @ Mohd Zohiri Mohd Nizariff, 39, membuat laporan polis selepas berasa tertipu dengan syarikat itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan tindakan lanjut. 
 
"Hingga ke hari ini pihak syarikat tidak membuat tindakan yang sepatutnya. Saya berasa diri saya telah ditipu oleh syarikat penerbitan tersebut dan membuat laporan untuk tindakan pihak polis," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Bandar Kinrara di sini, hari ini.
 
Mohd. Zani atau lebih dikenali sebagai Ezany Nazariff itu sebelum ini telah menerima tawaran berlakon daripada NR Network Sdn Bhd bagi pengambaran drama 13 episod berjudul 'Titisan' bagi musim kedua. Namun, hanya menerima separuh daripada bayaran lakonan iaitu sebanyak RM3500 manakala bakinya tidak diterima.
 
Menurut Ezany, penerbit bagi drama tersebut dikenali sebagai Andi manakala Abdul Rahim Awang sebagai pengarah dan juga merupakan Timbalan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) tidak dapat dihubungi serta  sistem pesanan ringkas (SMS) juga tidak berbalas.
 
Seramai 20 orang krew dikatakan tertipu dengan syarikat terbabit melibatkan kos anggaran keseluruhan RM20,000 hingga RM30,000.
 
Ezany turut berhasrat untuk membawa perkara itu ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), stesen-stesen televisyen dan beberapa pihak lain sekiranya kemelut terbabit tidak mendapat respon daripada NR Network dalam tempoh tiga hari.
 
"Kita nak beri masa dalam 3 hari untuk mereka respon. Kalau mereka tak nak (tiada respon), kita akan buat petisyen dan hantar ke RTM untuk menyenarai hitam syarikat," tegasnya. [KENYATAAN VIDEO DI SINI]
 
alt
 
Penggambaran drama untuk siaran RTM itu mula membangkitkan kemarahan krew dan artis yang sepatutnya menerima bayaran mereka sejak empat bulan lalu sehingga memaksa mereka mendapatkan jalan penyelesaian menerusi Persatuan Pekerja Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) namun masih tiada penyelesaian.
 
"Pihak Profima pula langsung tidak ambil apa-apa tindakan. Saya kasihan juga pada rakan-rakan krew produksi ini dan mereka sudah saya anggap seperti kawan-kawan.
Saya beritahu mereka, untuk selesaikan masalah ini, kita perlu bersatu dan kita perlu buat laporan polis," katanya.
 
Sementara itu, laporan tersebut dibuat apabila sesi penggambaran itu juga melibatkan jenayah lain apabila krew dan pelakon wanita dijadikan pemuas nafsu bagi tujuan politik kotor pihak atasan.
 
"Lebih mengejutkan saya apabila dapat tahu ada seorang krew perempuan yang telah melakukan hubungan seks dengan diretor dan dibayar, seorang lagi pelakon baru, ekstra yang dikatakan dicabul.
 
"Mangsa terpaksa berlari ke van krew bagi menyelamatkan diri ketika kejadian," kata Ezany yang berpendapat hubungan seks itu bertujuan memperolehi posisi yang baik dalam industri. [KENYATAAN VIDEO DI SINI]
 
Insiden tersebut diketahui menerusi krew yang lain melahirkan rasa kesal beliau terhadap industri seni yang dicalit dengan gejala tidak sihat.
 
alt
 
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkenaan bagi meletak jawatan segera sebelum merebak kepada pelakon lain terutamanya pelakon baru.
 
"Apabila timbul kes seks, cabul ditempat lokasi jadi saya rasa ia adalah isu berat. Kalau persatuan tak boleh menangani isu yang melibatkan artis dan krew, mereka yang pegang jawatan itu letak jawatan saja.
 
"Apabila pelakon, director, produser yang mempunyai kepentingan memegang jawatan dalam industri ini maka perkara sebegini terjadi," katanya.
 
Tambahnya perkara keji sedemikian tidak wajar berlaku malah  tidak adil terutamanya kepada pelakon wanita.
 
Beliau menyarankan pihak kerajaan juga memainkan peranan dengan perlaksanaan sistem dan undang-undang yang berkesan dalam menjaga hak setiap individu yang berkecimpung dalam dunia seni dan hiburan tanahair.
 
"Sekarang ini (sain kontrak) cuma sehala, satu pihak sahaja. Kita sain dengan pihak syarikat tetapi pihak syarikat tidak sain dengan pihak artis. Perbetulkan sistem. Pihak kerajaan perlu ambil berat tentang perkara ini dengan memantau dan memandang serius.
 
"Kementerian yang terlibat juga perlu buat satu undang-undang khas untuk menjaga kepentingan dan kebajikan para artis," katanya.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More