Memberi makan kepada orang yang berpuasa itu banyak ganjarannya. Tetapi menahan orang daripada berpuasa besar dosanya. Itulah yang dikatakan oleh pihak media tentang sebuah penjara yang dianggap ngeri di dunia iaitu Penjara Teluk Guantanamo. Mereka dipercayai tidak akan membenarkan tahanannya berpuasa, apatah lagi akanmemaksa tahanan untuk makan ketika bulan ramadhan. Bagaimanapun, dakwaan ini dinafikan oleh mereka. Persoalannya, siapa yang betul ini?
Pihak berkuasa di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan akan memaksa tahanan di pusat tahanan itu makan pada bulan Ramadan.
Dipetik AFP, menurut pengasas bersama gerakan keadilan sosial, CodePink, Medea Benjamin berkata, tindakan paksa makan itu melanggar hak asasi manusia.
“Ia juga tidak menghormati agama Islam dan dengan jelas dilihat sebagai pelanggaran hak asas tambahan ke atas tahanan,” jelasnya lagi.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Keadilan AS menegaskan kononnya tindakan paksa makan itu bukan satu masalah kepada tahanan yang berpuasa kerana ia hanya dilaksanakan pada waktu malam.
Bagaimanapun, para aktivis tetap mengecam kaedah yang digunakan tersebut memandangkan lebih 130 daripada 166 tahanan kini nekad mogok lapar sejak kira-kira lima bulan lalu. – Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment