Monday 3 June 2013

Kekasih Ameer Forteen Juga Bernama Awin


Kekasih Ameer Forteen Juga Bernama Awin | Semalam Izzue Islam salah seorang 

dari ahli kumpulan Forteen telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya 

Awin Nurin dalam satu majlis di Shah Alam. Turut kelihatan ialah ahli kumpulan 

Forteen yang lain seperti Ameer Forteen yang dilihat hadir bersama seorang 

gadis misteri.


Kekasih Ameer Forteen Juga Bernama Awin

Rotikaya yang melihat pasangan ini berpakaian sedondon terus membuat sessi terjah bersama Ameer Forteen. Menurut Ameer,
“Pada mulanya saya tak terfikir pun nak hebohkan kepada pihak media tapi dah terlanjur datang sama dan ramai dah tengok saya tiada masalah untuk berkongsi.”

Kata Ameer lagi, gadis misteri tersebut dikenali sebagai Azwin Ayub,24, merupakan 
anak jati Kuala Lumpur dan baru saja menamatkan pengajian dalam bidang American Studies di Segi College, Damansara.

Ditanya adakah beliau sudah bersedia menamatkan zaman bujang seperti rakannya 
Izzue Islam, Ameer menolak kerana beliau mahu mengukuhkan kerjanya dalam 
bidang seni terlebih dahulu.
Kekasih Ameer Forteen Juga Bernama Awin

Jejaka tinggi lampai ini mula berjinak-jinak di dalam bidang lakonan dengan telemovie pertamanya “Permata Hatiku” bergandingan bersama Elfira Loy.

Mungkin hanya satu persamaan, namun tetap menarik kerana nama gadis tersebut 
sama seperti isteri Izzue iaitu Awin. - pandai korang pilih yerr....dah pakat kot? :)

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More