Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut
dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan
pagi tadi.
Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi
tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut,
kira-kira jam 11 pagi.
Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik
kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.
Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari
la dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar
pemilik kolam.
Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah
pemilik kolam.
Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di
raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.
Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek.
Terputus woooo…
Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada
polis untuk tindakan lanjut. –SUMBER
0 comments:
Post a Comment