Monday 3 June 2013

DAYANG NURFAIZAH akan beraksi LIVE di THE VENUE


Berbekalkan bakat nyanyian yang versatil serta pembawakan diri nan 

tersendiri,Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau Dayang dilihat mampu 

berdiri sebaris dengan para penyanyi hebat tempatan lain. Mendapat jolokan 

ratu R&B Malaysia, wanita genit kelahiran bumi kenyalang ini tidak pernah 

sepi daripada industri hiburan dengan siri showcase mahupun persembahan 

eksklusif di seluruh negara.

DAYANG NURFAIZAH akan beraksi LIVE di THE VENUE
Bagi peminat setia Dayang Nurfaizah, sebuah persembahan eksklusif menanti 
anda yang rindukan lantunan suara gemersik penyanyi ini iaitu Dayang Live at 
The Venue, Kuala Lumpur. Terletak di aras 4 pusat membeli belah Pavilion, 
The Venue menjadi lokasi buat Dayang menghiburkan peminatnya pada 23 
Jun ini bermula jam 8.30 malam.
“Saya amat teruja dan tidak sabar rasanya untuk bersama dengan semua 
peminat-peminat pada malam itu. Sebagai bonus, saya akan menyanyi lagu 
‘Bisikan Rindu’, lagu tema dari drama bersiri Astro Mustika – Dahlia,” ucap Dayang.
DAYANG NURFAIZAH akan beraksi LIVE di THE VENUE
Persembahan khas ini menjanjikan seleksi terbaik dari Dayang melalui repertoire 
yang bakal dibarisi lagu-lagu yang telah dipilih dengan teliti dari album beliau,
termasuk juga beberapa lagu cover . Bayaran masuk untuk persembahan istimewa 
ini adalah RM70 (termasuk satu minuman ringan). Untuk maklumat lanjut mengenai 
tempahan dan tiket, sila hubungi 03 2143 3022/03 2110 2800.
ENJOY! (DAYANG NURFAIZAH akan beraksi LIVE di THE VENUE).

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More