Monday 3 June 2013

Dafi, Artis Terbaru Di Tangkap Khalwat?



Dafi, Artis Terbaru Di Tangkap Khalwat? Panas berlegar dilaman web apabila tajuk 

utama dan hangat adalah berita Dafi ditangkap khalwat bersama pembantu 

peribadinya ketika berada di Batu Pahat baru-baru ini.



Ketika kejadian, dilaporkan beberapa orang yang mendakwa diri mereka sebagai 
anggota pencegah maksiat menyerbu masuk bilik Dafi kira-kira jam 1.00 pagi dan 
meminta izin untuk melakukan pengeledahan setelah menerima aduan Dafi tidur 
bersama dengan pembantunya itu.

Dafi walaupun dalam keadaan terkejut tetap memberikan kerjasama kerana yakin 
yang dia tidak membuat apa-apa kesalahan. Selepas tidak menjumpai apa-apa bukti, anggota itu meminta maaf da beredar.

Dafi dalam pada itu mengakui yang pembantu peribadinya adalah seorang wanita, 
namun memberitahu mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya 
berkongsi bilik.

Kejadian itu memberi Dafi satu pengajaran besar agar tidak terleka dengan apa-apa 
perkara terlarang dan ianya membuktikan kepada masyarakat bahawa bukan semua 
artis bersikap buruk dalam hubungan sosial dan agama.

Dafi juga bersyukur kerana keluarganya sangat memahami dan meminta dia berhati-
hati agar tidak ada mana-mana pihak yang sewenangnya mengambil kesempatan dan 
tidak mahu kejadian tersebut berulang.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More