Monday 3 June 2013

SubhanaAllah - Sotong Kurita Berwajah Manusia



SubhanaAllah - Sotong Kurita Berwajah Manusia

Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang 
dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. 
Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan 
keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. 
Itu kisah si Paul sotong kurita.


Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok 
Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor 
sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita.

Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke 
rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak 
isterinya.




Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, 
dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat 
sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.




Kejadian seumpama ini teryata aneh dan pelik. Walaubagaimanapun kita harus percaya tiada yang mustahil berlaku di dunia ini. Memang banyak kejadian pelik yang 
berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Sesungguhnya ini 
semua adalah bukti kekuasaan Allah SWT.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More