Monday, 15 July 2013

Ini Maksud Sebenar Nasi Ganja di Ipoh



Asal nama Nasi Ganja ialah apabila tibanya bulan puasa, ianya dijual seperti menjual dadah kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa. Ia dijual seperti drive-through di lorong sebelah kanan kedai tersebut dan Nasi Ganja yang siap dibungkus dengan suratkhabar dan plastik dibungkus pula ke dalam plastik jinjing berwarna hitam.

Ramai orang luar Ipoh kerap mencari kedai menjual Nasi Ganja di Ipoh. Mereka menemuinya di Jalan Yang Kalsom. Bila ditanya mengapa nasi tersebut dipanggil Nasi Ganja, penjualnya berbohong dengan mengatakan keenakan nasinya boleh membuatkan orang ketagih.
Di Ipoh, umat Melayu terdahulu menyebutnya Nasi Ganja. Umat Melayu terkemudian menyebutnya Nasi Wonggey yang berasal dari perkataan Tamil ' Vanggey' yang bermaksud 'mari'. 
Ini kerana penjual Nasi Ganja ini sepanjang tahunnya memanggil orang supaya singgah di kedainya dengan laungan 'vanggey, vanggey, vanggey' . Maka bersepahlah pula cawangan Nasi Vanggey di Ipoh kemudiannya.
Semoga Ramadhan kali ini membuatkan pengusaha Nasi Ganja ini tidak lagi meraup untung dari perbuatan berdosa umat Islam lain.

Juga adalah diharapkan umat Islam di Ipoh telah berubah dengan tidak menjadikan Nasi Ganja ini sebagai penyebab untuk tidak berpuasa.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More