Thursday, 27 June 2013

Tidur Atas Rel Kereta Api Untuk Terapi


Agak pelik tapi ianya memang benar berlaku dan diamalkan di Indonesia. Mereka berbaring di sepanjang landasan keretapi dan percaya bahawa aliran elektrik bervoltan rendah di landasan itu boleh membantu menyembuhkan tubuh mereka.


Kepercayaan mereka ini telah disangkal oleh kerajaan di Jakarta, Indonesia, yang telah menggunakan pelbagai cara untuk menghentikan amalan tersebut. Pihak berwajib syarikat keretapi di pusat tersebut juga telah mengeluarkan amaran mengenai bahaya tindakan tersebut. Mereka yang degil akan dikenakan denda tiga bulan penjara atau £1,200. 


Namun demikian, amaran dan denda tersebut tidak diendahkan oleh masyarakat yang masih mengamalkan amalan tersebut, amalan yang dimulakan oleh seorang lelaki Cina yang kononnya telah disembuhkan melalui terapi landasan keretapi. 



0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More