Seramai 1,800 banduan memakai pakaian berwarna-warni ketika melakukan persembahan senaman aerobik di dalam sebuah penjara Lurigancho di sini kelmarin.Seorang pereka tari tarian aerobik di Peru, Roger Romero yang terlibat melatih banduan tersebut berkata, acara itu disertai oleh para banduan dari penjara di Peru, Venezuela, Ecuador dan Colombia.
Mereka semua berlatih setiap langkah tarian yang diajar sejak tiga bulan lalu mengikut pelbagai genre muzik seperti rock dan reggaton meringues.Senaman aerobik beramai-ramai itu diadakan bagi mengatasi satu rekod dunia jumlah orang menari di dalam penjara.
0 comments:
Post a Comment