Green Lake adalah sebuah tasik di Styria, Austria, berhampiran bandar Tragoss, yang terletak di kaki gunung Hochschwab. Semasa musim sejuk, tasik hanya berkedalaman 1-2 meter dan kawasan sekitarnya digunakan sebagai taman daerah. Ia adalah sebuah taman kegemaran untuk pejalan kaki.
Tetapi apabila suhu mula meningkat pada musim bunga, ais dan salji pada gunung mula cair dan mengalir ke bawah lembangan. Air tasik mula meninggi sehingga menenggelam seluruh kawasan termasuk taman. Semasa musim panas, tasik mencapai kedalaman maksimum sekitar 12 meter.
Suhu tasik agak sejuk pada 4-8 ° C, tetapi ia popular di kalangan penyelam yang boleh melihat padang rumput hijau dalam zon pinggir tasik terutamanya pada bulan. Rumput alpine dan bunga padang rumput kelihatan berkembang penuh di bawah air. Bahkan para penyelam boleh melihat bangku, jambatan dan denai berjalan.
Bermula Julai, air tasik mula menurun dan pada musim sejuk, tasik kembali ke saiz asal dan taman akan menjadi seperti sedia kala dan sesuai untuk pejalan kaki. Unik bukan tempat ini? Pada mulanya melihat seperti gambar tipu tetapi ianya memang benar belaka. Anda boleh cari di google kalau tidak percaya.
0 comments:
Post a Comment