Wednesday 26 June 2013

Kim Jin Sung Mengaku Sukakan Hanez Suraya

Kim Jin Sung Mengaku Sukakan Hanez Suraya

Bibit-bibit percintaan pelakon Hanez Suraya yang tidak kesampaian masih hangat di perbualan serta media massa, kini tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengakuan seorang aktor Korea, Kim Jin Sung yang mengaku sukakan Hanez Suraya. Apakah perpisahan Hanez Suraya punca daripada orang ketiga?

Kim Jin Sung telah mencetuskan kontroversi apabila beliau sewaktu ditemuramah, telah menjawab secara spontan bahawa beliau menyukai Hanez Suraya. Pelakon dari Korea yang lebih dikenali sebagai JS itu telah berkerjasama dengan Hanez Suraya menerusi drama online pertama iaitu ‘Autumn Di Hatiku’.
Hanez suraya sendiri agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh JS dan beliau secara professional, hanya menganggap JS tidak begitu faham mengenai soala yang diajukan oleh pihak wartawan.
“Saya sangat terkejut bila JS cakap yang dia sukakan saya. Mungkin dia kurang faham dengan soalan yang telah diajukan. Selalunya kami akan tampil berdua dalam mempromosikan ‘Autumn Di Hatiku’ memandangkan dia kadang-kadang menghadapi kesukaran untuk memahami Bahasa Melayu. Ketika rancangan tersebut bersiaran pula, dia tampil secara berseorangan dan mungkin dia kurang faham soalan atau orang cuma mahu mengusik beliau,” Ujar Hanez.
“Saya dan JS tiada apa-apa hubungan istimewa. Saya dan dia hanya kawan. Lagipun saya memang suka berkawan dengan JS kerana dia seorang yang rajin berusaha, Dia tidak malu untuk mempelajari Bahasa Melayu dan tak segan untuk bertanya jika ada sesuatu perkara yang dia kurang faham. JS juga seorang kawan yang baik dan jujur” ulas Hanez kemudian dia menafikan bahawa JS punca keretakan hubungannya dengan Awi.
Drama lakonan Hanez dan JS, ‘Autumn Di Hatiku’ akan bersiaran di portal online Tonton bermula 3 Julai 2013.

Kim Jin Sung Mengaku Sukakan Hanez Suraya
Kim Jin Sung Mengaku Sukakan Hanez Suraya

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More