Thursday, 6 June 2013

Gambar dan punca jambatan kedua Pulau Pinang runtuh -12 foto


Gambar dan punca Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh – 

Berita tergempar sekitar jam 7.05 petang tadi telah tersebar di laman maya apabila
 jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggan Malaysia telah runtuh secara mengejut.

Difahamkan, bahagian jambatan yang runtuh ialah sebatang palang konkrit sepanjang 
300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung. Kejadian itu berlaku ketika 
para pekerja kontraktor sedang menyiapkan kerja-kerja akhir jambatan berkenaan 
sebelum dibuka kepada umum.

Walaupun runtuhan palang konkrit berkenaan tidak menyebabkan sebarang kematian 
namun terdapat beberapa kenderaan termasuk motosikal yang hancur berkecai selepas ditimpa serta menyebabkan jalan sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Punca kepada kegagalan palang konkrit itu masih belum dapat dipastikan namun admin mengandaikan ianya berpunca daripada kesilapan teknikal pembinaan oleh para pekerja disebabkan kurang pengawasan dari pihak atasan kontraktor dan jurutera. Berikut ialah beberapa keping gambar menarik sekitar kawasan bahagian jambatan yang runtuh 
mengejut.
Sumber :http://plbgaimacam.blogspot.com/


0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More