Terkejut tengok gambar jambatan kedua Pulau Pinang runtuh kat FB. Terus cari berita tentang susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh. Dikatakan terdapat orang terperangkap dibawah runtuhan. Jadi marilah kita doakan semoga semuanya selamat.
Menurut website berita harian runtuhan adalah disebabkan sebuah kren tumbang ke atas binaan terbabit.
di bawah ialah beberapa keping gambar yang saya dapat dari fb.
di bawah pula merupakan video yang di share oleh pengguna fb.
sumber : berita harian
sumber : berita harian
GEORGETOWN: Beberapa pengguna jalan raya dipercayai terperangkap di bawah runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung di sini sebentar tadi selepas sebuah kren tumbang.
BH difahamkan daripada orang ramai yang berada di lokasi ketika kejadian, empat kenderaan terbabit dalam kemalangan itu.
sumber : utusan
PULAU PINANG 6 Jun – Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.
Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.
Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.
Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. – UTUSAN ONLINE
Read more: http://staibaqhang.com/gambar-jambatan-kedua-pulau-pinang-runtuh/#ixzz2VSId0KMt
0 comments:
Post a Comment