Pihak kerajaan masih lagi menunggu laporan dari Indonesia berkenaan nasib dua dari empat banduan dari Malaysia yang ditempatkan di penjara Tanjung Gusta, Pulau Sumatera yang terlibat dalam rusuhan banduan.
Menurut info, dua banduan warga Malaysia termasuk seorang wanita berusia 33 tahun sudah ditemui, manakala dua lagi belum dikesan. Keadaan di penjara itu yang masih belum terkawal sepenuhnya, menyukarkan pihak kedutaan mendapatkan status sebenar dua lagi individu terbabit.
“Pihak kedutaan dimaklumkan tiga banduan lelaki berkenaan masing-masing berusia 33, 45 dan 57 tahun serta seorang banduan wanita berusia 33 tahun sedang menjalani hukuman berkaitan penyeludupan dadah di penjara terbabit.
“Bagaimanapun, status terkini belum diperoleh dan saya minta semua pihak tidak membuat sebarang andaian berhubung kejadian itu,” katanya.
Sejumlah banduan dikatakan mula mengamuk di Penjara Tanjung Gusta di Medan, Pulau Sumatera pada Khamis lalu.
Mereka juga mencetuskan kebakaran dan membaling botol ke arah pengawal penjara kerana berang berhubung gangguan bekalan air dan elektrik di pusat tahanan itu.
Polis Indonesia semalam memperluaskan operasi memburu 131 banduan termasuk empat militan yang melarikan diri dari sebuah penjara semasa tercetusnya rusuhan yang mengakibatkan lima orang terbunuh. Penjara tersebut terbakar serta mengorbankan tiga banduan dan dua kakitangan penjara yang terperangkap di dalam pejabat.
0 comments:
Post a Comment