ada diantara mereka memiliki ijazah di universiti tempatan dan ada
juga di universiti luar negara.So, selebriti kita bukan calang-calang
tau,walaupon kita kenal mereka menerusi lawak,nyanyia dan lakonan,
namun disebalik watak yang mereka tonjolkan ,mereka antara insan
yang terhebat dalam pendidikan.Jom kita terjah satu persatu kelulusan
akademik yang dimiliki 12 selebriti ini..Enjoice!!
Najwa Muhyiddin
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan
Najwa Muhyiddin
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan
Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara
lagu “Got to Go” ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej
Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita
menjadi penghibur terbaik.
Lisa Surihani
Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah
Lisa Surihani
Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah
kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang
peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej
Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.
Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di
Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di
Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun
tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam
bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).
Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama
Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama
Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran
(Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah
Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut
diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
Ahmad Idham
Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah
Ahmad Idham
mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus
Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah “Remp-It”
yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari
UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang
perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi
halangan terbabit.
Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang
Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang
dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan
sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam
bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang
Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.
Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus
Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus
Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun
begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media
membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama
dalam bidang penyiaran.
Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan
Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan
palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan
Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.
Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan
Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan
seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain
Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School
in London.
Kaer Azami
Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung
Kaer Azami
Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung
pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang
Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung
pengajiannya untuk peringkat master di London pula.
Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan
Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan
nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung
pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau
bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah
dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.
Azhar Sulaiman
Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM
Azhar Sulaiman
Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM
Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari
University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997,
Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon
Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam
bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.
0 comments:
Post a Comment