Pelabuhan Klang: Seorang warga Myanmar yang memandu kenderaan pengangkut
barang (forklift) maut selepas dihempap kontena dibawa sebuah kren di stor
penyimpanan kontena di kawasan perindustrian Pelabuhan Barat, di sini, pagi
semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 pagi, mangsa berusia 31 tahun mati di tempat kejadian
selepas parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain.
Namun, pemandu kren yang membawa kontena berkenaan dilaporkan tidak
mengalami kecederaan serius akibat kejadian itu.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Penguasa Kanan Bomba II Ahmad
Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada
orang awam pada jam 4.30 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota
dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke tempat
kejadian. beberapa minit kemudian.
Menurutnya, pihaknya sukar mengangkat kontena yang menghempap mangsa
berikutan melebihi had berat yang mampu ditampung jentera bomba yang
dikejarkan ke tempat kejadian.
“Pihak bomba terpaksa menggunakan kren pihak swasta untuk mengangkat
kontena sebelum besi forklift yang menghempap mangsa dapat dipotong.
BOMBA mengeluarkan mayat mangsa.
“Bomba mengambil masa 10 minit untuk memotong besi yang menghempap
mangsa sebelum mengeluarkannya. “Mangsa disahkan meninggal dunia di
tempat kejadian akibat cedera parah di kepala kerana dihempap besi,” katanya.
kepada Metro Ahad, semalam.
Ahmad Zaidi berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa dan pemandu
kren berkenaan menyiapkan kerja memunggah sebelum kren membawa kontena
itu tiba-tiba membrek secara mengejut menyebabkan kontena dibawanya berayun
dan jatuh lalu menghempap forklift dipandu mangsa yang kebetulan berada di
depannya.
Muatan kontena yang berat menghempap bumbung forklift menyebabkan mangsa
tersepit di bahagian pemandu.
Operasi mengeluarkan mangsa tamat sepenuhnya jam 7.05 pagi dan mayat dibawa
ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.
0 comments:
Post a Comment