Seorang nelayan di California menemui seekor ikan pelik yang dikatakan
jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.
Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung
yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu.
Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing
menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa
mungkin ikan pelik itu adalah palsu.
Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan
itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas
dilahirkan.
Pakar ikan jerung,Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de
Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui.
Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies ikan pelik tidak
normal seperti itu sudah direkodkan.”
Apa-apa pun, betul atau tidak, jom kita tengok dulu gambar pelik ikan
jerung yang bermata satu ni. Subhanallah!
0 comments:
Post a Comment