Sunday 2 June 2013

Pelik Anak Kuda Tumpang Kasih Dengan Anak Patung




Seekor anak kuda yang kehilangan ibu kini bergantung kepada anak patung 
beruang untuk mendapatkan kasih sayang.Breeze ditemui terbiar di Taman 
Negara Dartmoor pada 24 Mei lalu beberapa jam selepas dilahirkan.



Dia cuba menyusui kuda betina lain sebelum pasukan petugas penyelamat 
menemuinya rebah akibat kejutan klinikal dan dehidrasi. Walaupun usaha 
mencari kuda betina yang melahirkan Breeze dilakukan  di kawasan itu, 
tetapi ibunya tidak dapat ditemui. Petugas penyelamat merawat Breeze 
hingga sihat di pusat perlindungan kuda betina dan anak  kuda di Devon, 
dan ia diberikan anak patung beruang itu untuk mendapatkan belaian.



Anak patung gergasi itu ditempatkan di kandang Breeze dan haiwan 
berkenaan dilihat berpuas hati.Eksekutif pusat berkenaan, Syra Bowden 
berkata: “Apa yang menyedihkan, Breeze tidak mempunyai ibu untuk menemaninya.“Walaupun ada penjaga di pusat ini yang bekerja 24 jam 
sehari untuk menjaganya, tetapi ia tidak sama.“Justeru, kami memberi 
kannya anak patung beruang gergasi yang boleh dipeluk sebagai teman.”


0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More