Sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet dikesan turut
menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk
dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa
dengan syarat cukup mudah.
Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang
berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz
ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor
telefon yang boleh dihubungi.
Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi
serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera,
ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej
disediakan tanpa perlu bertemu.
Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu
panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan
pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana
hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.
Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi
di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut
kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah,
setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga
RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan.
0 comments:
Post a Comment