Thursday, 4 July 2013

Mimi nafi ambil bahan terlarang

Mimi nafi ambil bahan terlarang


Dek kerana penampilan dan gayanya yang ligat di atas pentas, vokalis utama kumpulan One Nation Emcees, Mimi telah disalah anggap dan ada yang turut mendakwa dia mengambil bahan terlarang.
Dipetik daripada laporan Berita Harian, Mimi nyata tidak terkejut dengan kenyataan itu tetapi menafikan dakwaan tersebut.
"Hanya orang tidak kenal siapa saya sahaja yang menganggap saya begitu. Saya memang gila-gila dan hiperaktif. Setiap kali berada di belakang pentas atau menunggu giliran membuat persembahan, saya memang tidak boleh duduk diam," ujar Mimi yang lebih selesa mengambil pendekatan tidak endah dengan dakwaan pelbagai pihak itu.
Jelasnya lagi, jika dia tidak bergerak aktif, pasti badan akan menjadi kaku dan lemau di atas pentas. Baginya, sikap lincah merupakan cara memanaskan badan sebelum menyanyi dan ia bukannya kesan mengambil bahan terlarang.
Beralih kepada kisah hubungan cintanya, Mimi dikatakan menjalin hubungan dengan seorang jejaka berkulit hitam yang sering dilihat menemaninya ke sana sini.
Namun Mimi mengakui hubungan mereka sudah lama berakhir dan dikatakan berpunca daripada sikapnya yang suka berdikari.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More