Baru-baru ini Festival Fesyen Islamik (IFF) ke-25 telah berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) menyaksikan pereka-pereka fesyen terkemuka tanah air telah memperagakan koleksi pakaian Islamik mereka bertemakan "Treasures of the Sea".
Menurut Pengasas dan juga Pengerusi IFF, YM Dato' Sri Raja Rezza Shah, acara fesyen ini yang disokong penuh oleh Kementerian Pelancong yang bertindak sebagai penaja utama dan ia adalah untuk membantu badan-badan kebajikan.
"Acara fesyen IFF ini dijalankan di Kuala Lumpur pada setiap November dimana ia merupakan sebuah acara yang berprestij dan mewah sejajar dengan strategi penjenamaan antarabangsa kami. Kami yang telah berjaya membawa produk IFF ke peringkat antarabangsa, termasuk membuat peragaan di New York, Monte Carlo dan London dan ia mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan."
Pada masa sama, IFF juga telah mengembara ke Asia Tenggara, Asia Tengah, Timur Tengah, dengan menampilkan lebih daripada 300 pereka dan label dari latar belakang budaya dan agama yang pelbagai.
0 comments:
Post a Comment