Wednesday, 19 June 2013

Wanita yang paling berkuasa dan berpengaruh


Bila aku bukak cerita yang berkaitan pasal kereta dan pemanduan, mesti pemandu wanita yang banyak kena bahan. Aku faham woman driver dah sinonim dengan skil pemanduan yang agak teruk sampai ada banyak video kompilasi mengenai woman driver di Youtube ni walaupun tak semua macam tu. Tapi walaupun wanita dikatakan kurang hebat dalam memandu, tapi dari aspek lain kaum wanita sebenarnya sangat hebat dan berkuasa seperti juga kaum lelaki.

Berikut adalah 10 wanita yang paling berkuasa di Malaysia seperti yang dimuatkan dalam The Star:

1.  YABDPS Rosmah Mansor
Isteri Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak


Gabenor Bank Negara Malaysia


3. TSDS Michelle Yeoh
Pelakon Malaysia bertaraf antarabangsa

 
4. Dato' Dr. Ambiga Sreenevasan
 Peguam, bekas Presiden Majlis Peguam dan Pengerusi Bersih.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, anak DS Anwar Ibrahim


6. YB Hannah Yeoh
Peguam, Ahli DUN Subang Jaya


 Ahli DUN Kinrara, Exco Kerajaan Negeri Selangor


Pelakon TV dan Filem, DJ Radio dan Hos TV


 CEO of the Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad


Aktivis sosial, anak Tun Mahathir Mohamad


Senarai itu dipilih daripada 1,000 calon merangkumi tujuh kategori iaitu kekayaan, perniagaan, gaya hidup, NGO dan kesukarelaan, politik serta teknologi.

"Untuk menentukan kedudukan antara setiap kategori, dan kedudukan keseluruhan dalam senarai 10 teratas, kami menggunakan tiga kayu ukur: wang, kemunculan di media dan impaknya," menurut keterangannya.

Yang aku pelik, kenapa Raja Permaisuri Agong tidak tersenarai dalam list tu. Bukankah tajuk ranking tu "10 Wanita Paling Berkuasa di Malaysia?"


Btw Dato' Shabery Cheek tulis kat FB dia nak siarkan sidang parlimen secara live selama 1 jam bagi sesi soal jawab di RTM, so aku mohon kat dia agar disiarkan sidang parlimen secara live sepenuhnya full version dengan kaedah video streaming kat Internet. Aku harap dia dapat baca dan pertimbangkan cadangan aku tu. Bagus betullah Menteri Komunikasi dan Multimedia ni ada akaun Facebook, mudah untuk rakyat2 marhaen macam kita nak berhubung terus dengan pemimpin.
Sumber

Aku baca ada yang kena ban dengan DS Shabery Cheek kat Facebook dia terutama yang guna akaun FB hantu. Tulah lain kali nak tulis apa2 cuba tulis elok2 sikit dengan sopan dan berprotokol, baru la orang nak block pun tak sampai hati walau aku pun akaun hantu juga har har harunnnn...

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More