Wednesday 19 June 2013

Dipaksa Tanggal Tudung Jika Mahu Jadi Jururawat Di Hospital Kuantan?


Kerajaan negeri Pahang akan menyiasat dakwaan kononnya mereka yang ditemuduga untuk jawatan jururawat di sebuah hospital di Kuantan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata perkara berkenaan (menanggalkan tudung) tidak pernah dijadikan syarat oleh mana-mana majikan di negeri ini sebelum ini.

Dipaksa Tanggal Tudung Jika Mahu Jadi Jururawat Di Hospital Kuantan? - Terbakor
“Perkara itu perlu dikaji dari banyak sudut termasuk dari segi kesahihan laporan berkenaan.
“Apa pun sekiranya berlaku, itu merupakan satu perkara yang amat dikesali, kita kena menjaga hak sensitiviti agama, jangan diusik,” katanya ketika kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas “surat pembaca” dalam sebuah akhbar pada Selasa yang mendakwa anak saudara penulis berkenaan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja di hospital itu.


p.s : Mak ai.. siapa yang berani sentuh sensitiviti Islam kat Malaysia ni? 
Mstar

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More