Wednesday 19 June 2013

ANJING PERWIRA TANPA HIDUNG DARI FILIPINA (12 GAMBAR)

Anjing Adiwira Sebenar!

Kabang ialah seekora anjing betina yang berasal dari Zamboanga Filipina. Pada tahun 2011 Kabang menyelamatkan 2 orang kanak-kanak perempuan dari dilanggar sebuah motor. Selepas menolak dua orang kanak-kanak ini dari bahaya, rahang atas Kabang tersekat pada spoke motosikal menyebabkan ianya terkoyak dari muka anjing ini. Sungguhpun kecederaan yang dialaminya adalah amat teruk, Kabang terselamat dan terpaksa hidup tanpa rahang atas. Tahun lalu kisah Kabang menyelamatkan dua orang kanak-kanak ini tersebar ke internet dan  sebuah kempen bagi memastikan Kabang dapat menjalani pembedahan membaiki kecederaannya. Sebanyak USD 27000 (RM 85 000) berjaya dikumpul dan anjing berani ini diterbangkan ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan rawatan. Ketika diraway di Universiti California Davis, para doktor mendapati Kabang mengidapkanser. Anjing ini diberikan rawata kemoterapi sebelum bahagian hidung yang cedera dibedah bagi memastikan kawasan yang tercedera dapat sembuh dengan lebih sempurna. Selepas 8 bulan di Amerika Syarikat Kabang pulang semula ke Filipina dan kini sedang menjalani kehidupan yang normal. What a heroic dog. Mungkin Kabang tidak mempunyai rahang atas tetapi yang pasti ia mempunyai keberanian yang luar biasa! Good dog!




0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More