Penyanyi rock lagenda Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman yang kini berusia 55 tahun dilaporkan telah berkongsi gambar tag nama pesakit di Institut Jantung Negara (IJN) miliknya sendiri dilaman Instagram sehingga menimbulkan tanya tanya kepada peminat setianya.
Kemelut akhirnya terjawab, menurut Amy Search, sebenarnya dia kini sedang mendapatkan rawatan Angiogram iaitu proses perubatan yang melihat lebih mendalam keadaan organ dalaman badan terutamanya di bahagian arteri dan salur darah.
Kesimpulannya, mungkin Amy Serch mahu mendapatkan khidmat susulan berhubung keadaan kesihatannya. Seperti kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Apapun, mari kita sama-sama doakan agar kesihatan Amy Search atau papa rock kita ni sentiasa dalam keadaan baik dan sihat sentiasa.
Inilah Tag yang dimuat naik Amy Search
menerusi Instagram beliau
Inilah Tag yang dimuat naik Amy Search menerusi Instagram beliau |
0 comments:
Post a Comment