Thursday 13 June 2013

video mempersendakan solat



Jom tonton Video Dibawah Apakah yang sesuai kita berikan Pada Perempuan Puaka ini?"Siapa kita hendak mempersendakan Allah"Kalau dulu saya pernah menulis tentang 'Siapa kita hendak menegur Allah',tapi kali ini 'Siapa kita hendak mempersendakan Allah'.Mempersendakan Allah..?..Macamana..?Mungkin tanpa kita sedari,kita selama ini telah mempersendakan Allah.Malalui apa yang diterangkan oleh khatib semalam,mempersendakan Allah samalah seperti melakukan maksiat setelah solat atau lebih mudah lagi kita melakukan maksiat setelah kita melakukan ketaatan kepada Allah.Cuba kita perhatikan diri kita,adakah selama ini kita telah mempersendakan Allah.Saya sendiri rasanya juga pernah mempersendakan Allah.Semoga Allah mengampuni hamba-Nya yang hina ini.Saya ambil contoh selepas menunaikan solat jumaat.Kelihatan hampir kesemua jemaat berpusu-pusu keluar.Berebut untuk keluar cepat sehingga ada yang sanggup menolak orang lain semata-mata ingin keluar dengan segera.Bukankah ini satu perkara yang tidak disukai oleh Allah dan bukankah ini juga bermakna telah mempersendakan Allah.Kita tadinya melakukan solat.Mengabdikan diri kita sebagai hamba dihadapan-Nya,sujud menyembah-Nya,tapi setelah itu,kita ingkari suruhan-Nya,kita langgar perintah-Nya.Ketahuilah bahawa kita telah mempersendakan Allah.Banyak lagi perbuatan yang boleh ditakrifkan sebagai perbuatan mempersendakan Allah.Tapi apa yang sama ingin tulis pada hari ini hanyalah berkaitan dengan selepas solat membuat maksiat.Kalau kita perhatikan ayat Allah yang bermaksud

"Sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"
(Surah Al -Ankabut : 45)
Jadi,kalau kita perhatikan melalui Firman Allah diatas,Allah mengatakan bahawa solat itu mempu mencegah dari perbuatan keji dan perbuatan mungkar.Tapi,kenapa masih ada yang solatnya lengkap 5 waktu,tapi masih lagi bergelimpangan dengan dosa dan maksiat.
Kenapa..?
Ini kerana solat yang dikerjakan itu tidak lahir melalui hati yang ikhlas dan solat yang dilaksanakan itu tidak mempunyai kualiti.Kuantiti solat itu mungkin lengkap,tapi kualitinya tidak ada.Jadi,inilah penyebabnya kita mempersendakan Allah.Tahu tidak tahu,kita sudah mempersendakan Allah.
Kenapa kita tidak cuba untuk menambah kualiti dalam solat kita,agar solat yang kita kerjakan sampai tahap yang dinyatakan oleh Allah dalam Firman-Nya diatas.Disebabkan sikap remah individu hari ini,solat itu hanya dilihat dari 'kualiti' yakni solat 5 waktu sahaja sudah mencukupi,memang sudah mencukupi solat 5 waktu sehari,tapi bukankah lebih baiknya andai solat itu mempunyai kualiti yang boleh menghalang diri kita dari perbuatan keji dan mungkar.
Ramai orang hari ini kita lihat,solatnya penuh 5 waktu tapi akhlak entah ke mana.Solatnya penuh 5 waktu,tapi adabnya entah dimana.Ini juga telah mempersendakan Allah.Kita telah sujud kepada-Nya sebagai tanda kita mengakui kebesaran-Nya,tapi sebaik kaki kita melangkah keluar dari masjid,seperti hilang sudah Allah dalam diri kita.Nau'zubillah.
Oleh itu,marilah kita cuba periksa diri kita satu persatu.Bagaimana dengan solat kita adakah cukup dari kuantiti dan kualitinya.Perhatikan diri kita adakah selama ini kita telah mempersendakan Allah.
Semoga Allah mengampuni hamba-hamba-Nya yang penuh dosa ini.


0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More