Thursday 13 June 2013

Saya Tak Drama Mahu Pun Propa – Rozita Che Wan


Admin tak sempat mengikuti MasterChef Selebriti Malaysia 2 kali ini. Namun daripada apa yang Admin baca, Rozita Che Wan boleh tahan hebat juga memasak. Untunglah Zain Saidin bila berkahwin nanti. Confirm badan naik punya sebab bini masak sedap-sedap.
che ta
Namun ada beberapa pihak yang menyatakan tindakan Che Ta yang menangis di dalam MasterChef Selebriti 2 hanyalah lakonan dan propa semata-mata. Ada yang menganggap tindakan itu dilakukan untuk menaikkan “rating” rancangan masakan ini. Namun Che Ta menafikan perkara tersebut. Kata Che Ta kepada portal Murai:-
Saya tak drama mahu pun propa. Saya memang betul-betul menangis kali ini sebab hajat saya memang mahu keluar dari program berkenaan tidak kesampaian kerana nama saya masih kekal berada di situ. Ramai juga yang pelik, sedangkan waku Zain terkeluar dulu, saya sedikitpun tidak menangis, tapi kali ini lain pula jadinya. Terus terang saya memang seorang yang susah untuk nangis. Tapi dalam episod itu saya memang tertekan dan mahu saja keluar. Bagaimanapun hajat saya itu tidak kesampaian dan oleh kerana itu saya menangis.
rozita
Tak sangka pula begitu hebatnya tekanan dalam program MasterChef Selebriti 2 ini. Admin ingat tak adalah susah sangat. Menurut Che Ta, dia sudah membuat keputusan untuk menarik diri tetapi sayangnya juri tidak membenarkan.
Ketika cabaran untuk membuat Bubur Lambuk saya dan Micheal Ang sudah bersepakat untuk terkeluar. Sayangnya hidangan saya masih diterima oleh pihak juri, saya dikekalkan dalam rancangan itu dan Micheal Ang pula terkeluar. Bagi saya, selebriti seperti Syura dan Celina merupakan dua peserta yang begitu komited untuk menang dan mereka buat banyak penyelidikan atau kerja rumah untuk mencapai ke sasaran itu. Tapi tidak buat saya, Apa yang saya suka lihat, ketika awal rancangan ramai yang kurang senang dengan saya. Tetapi selepas saya menangis ramai pula yang bersimpati dengan saya
Admin pun sebenarnya terkejut juga apabila mengetahui ada adegan menangis daripada Rozita Che Wan. Tak sangka hati kaca juga Che Ta ini. Mungkin ramai yang akan lebih simpati dengan Che Ta selepas mengetahui sisi lembut dirinya ini. Teruskan perjuanganmu dalam MasterChef Selebriti 2. Mana tahu ada rezeki dapat jadi juara. Tak gitu?

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More