Thursday 13 June 2013

Subhanallah ! Wanita kudung ini menjahit mampu menjahit 5 pasang baju kurung sehari !





Seorang warga emas berusia 63 tahun layak digelar orang kelainan upaya (OKU) istimewa kerana walaupun kudung kedua-dua tangan dan hanya mempunyai kaki kiri sejak lahir namun dia mampu menjahit lima pasang baju kurung sehari.

Fatimah Daud yang berasal dari Kampung Sungai Pinang dekat Palekbang di sini, berkata, walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda secara mengundur dan merangkak menaiki enam anak tangga rumahnya dia tetap gigih mencari rezeki halal tanpa mengharapkan ihsan orang lain.

“Setiap hari saya menjahit kerana inilah kebolehan yang boleh saya lakukan sejak 40 tahun lalu.

“Seingat saya, kebolehan menjahit ini tidak pernah dipelajari daripada sesiapa. Dulu saya pernah bekerja dengan seorang pemilik kedai berbangsa Cina di Pasir Mas tetapi terpaksa berhenti selepas menghadapi masalah kesihatan dan pengangkutan,” katanya.

Fatimah mengambil upah RM25 bagi sepasang baju kurung untuk menyara hidup. -metro 

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More