Du Xiurong mengaku menjual empat daripada anaknya |
Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada
anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan. Di
antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki
kepada pasangan lain.
Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika
ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing se
orang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan
kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan
wang.
“Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan
mereka ke tangan orang lain,” katanya. Du berkata, dia tidak
menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan men
dapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang
tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak
-kanak.
“Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri,
etapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga
lain untuk anak-anak,” katanya.Mendakwa tidak melakukan ke
salahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak
mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.
“Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka,” katanya.
Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan,manakala keluarga pertengahan
mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka.
“Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat
wang,” katanya. Januari lalu.
Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan
tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya.
Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia
tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya.
Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia
terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun. Sembilan
tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas
keluarga melihat dia sebagai beban.
“Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin.“Sebaik
saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu
lama bersetuju,” katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.
Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan
tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran.
Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan
sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan),
Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan
Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang
mahukan anak angkat.Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261)
pada 2005.-mymetro
0 comments:
Post a Comment