Friday 31 May 2013

Kopi Najis Gajah RM153 Secawan



Kopi najis gajah

Pernahkah anda terlintas untuk menikmati kopi najis gajah? Artikel kali ini mungkin mampu 
menyebabkan anda akan terbayangkan kopi semahal itu mampu menjadi tarikan

Kopi najis gajah menjadi tarikan baru di utara Thailand kerana ia menjadi minuman kafein 
termahal di dunia pada masa ini selepas ia dijual  AS$1,100 (RM3,361) sekilogram dan 
AS$50 (RM153) secawan.

Kopi Black Ivory itu menjadi minuman eksotik baru dihasilkan daripada biji kopi yang 
dikeluarkan menerusi najis haiwan mamalia tersebut.

Ia telah mula dipasarkan di beberapa hotel mewah di seluruh dunia termasuk di Maldives 
dan Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Difahamkan, ia melalui proses sama seperti penghasilan kopi luwak dan rasanya tidak 
sepahit kopi biasa. -  AP.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More