Ini merupakan sebuah kisah bagaimana seorang mujahadah yang meninggal
dunia pada hari perkahwinannya dalam keadaan sujud dalam solat!
Subhanallah! Kami ingin mengingatkan para pembaca agar sentiasa
mendahulukan Allah dalam apa kerja yang sedang dilakukan. Semoga
kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Mari
kita susuri kisah yang hebat ini.
Gambar hiasan:
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada
wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan
dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar
azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal.
Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan
solat ‘Isyak “
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk
melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang!
Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari
sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak
ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha
Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis
perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau
tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang
kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha
Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya,
saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi
dia tidak peduli.
Kemudian dia, di waktu sedang dalam keadaan pengantin, memulakan
solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar
bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar
bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai
antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang
pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang
dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya
pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik
pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa
yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau
Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan
hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!! Tiada siapa
tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu
malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati
Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
0 comments:
Post a Comment