Tuesday 4 June 2013

Video: Kecomelan Rainbow Terserlah Dalam MV Sunshine

12956-kngz5ywkfc


Kumpulan K-Pop wanita, Rainbow membuat kemunculan semula dengan mengeluarkan muzik video terbaru mereka berjudul ‘Sunshine’ selepas lagu ‘Tell Me Tell Me’ berjaya mendapat sambutan hangat tak lama dahulu.
Kesemua tujuh orang ahli Rainbow dilihat sangat comel menari dan menyanyi melalui video yang berdurasi 3:31 itu. Warna merah jambu dan biru muda yang digunakan untuk props dalam MV itu menyerlahkan lagi konsep menarik mereka.
Screen Shot 2013-06-04 at 16.46.34
Penampilan menarik Rainbow dalam MV ‘Sunshine’
‘Sunshine’ yang diambil dari album Rainbow Syndrome Part 2 adalah lagu rancak musim panas dengan melodi yang mampu membuatkan peminat ketagih untuk mendengarnya lagi.
MV itu juga mendapat respon yang positif dari kalangan peminat dan rata-ratanya mengatakan Rainbow kelihatan sangat comel dengan kostum dan konsep yang diketengahkan.
Screen Shot 2013-06-04 at 16.57.12
Screen Shot 2013-06-04 at 16.56.55
Berikut kami sertakan MV ‘Sunshine’ untuk tontonan anda semua. Harap terhibur melihat aksi comel mereka!

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More