Seorang wanita yang menggunakan nama Melissa Gooi di laman sosial Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah baru-baru ini, ditahan hari ini.
Wanita berusia 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, dekat Ampang, Selangor pada pukul 9.30 pagi.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, wanita itu ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Tambahnya, polis turut mencari empat individu lain iaitu Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Difahamkan, keempat-empat individu itu dicari setelah memuat naik komen yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong pada salah satu status Facebook milik Melissa Gooi.
Status dan komen terbabit tersebar meluas di internet sehingga mendapat bantahan ramai pihak menerusi laporan polis yang dibuat kerana didakwa biadab serta tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.
Dalam perkembangan sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan hari ini memberitahu, wanita terbabit ditahan setelah menyembunyikan diri apabila identitinya didedahkan oleh beberapa laman blog.
SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia telah menahan wanita itu setelah mendapat maklumat daripada orang ramai.
SKMM juga sedang mengesan rakan-rakan wanita terbabit dan meminta mereka tampil bekerjasama bagi membantu siasatan,” ujar kenyataan itu.
Kenyataan tersebut memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Kami memandang serius penyalahgunaan media sosial dalam memuat naik kandungan serta komen-komen berunsur penghinaan terutama melibatkan institusi diraja Malaysia,” ujar kenyataan itu lagi.
Read more: http://aiskosong.com/gambar-melissa-gooi-hina-agong-ditahan/#ixzz2VJpyIXDp
Posted in: Berita
0 comments:
Post a Comment