MARAH benar nada suara Datuk Ramli MS di corong telefon ketika dihubungi petang semalam. Mana tidaknya apabila tuan punya diri ini dikaitkan dengan spekulasi yang beliau sudah bernikah secara senyap-senyap dengan penyanyi Alyah, baru-baru ini.
Kontroversi mula tersebar apabila konduktor muzik lewat minggu lalu selepas satu portal hiburan melaporkan tentang ‘perkahwinan’ mereka berdua.
“Ada sesiapa yang tahu bila tarikh kami bernikah? Jika benar sekalipun, mengapa perlu kami buat secara senyap-senyap dan sembunyikan dari keluarga masing-masing?” kata pemilik nama Ramli Mohamed Salleh.
Akibat tersinggung dan kesal dengan spekulasi tersebut, Ramli sekeras-kerasnya amenyangkal spekulasi tersebut.
“Penulis portal itu boleh pergi !@#$$%. Why can’t people think of the repercussions yang saya dan Alyah perlu tanggung selepas berita ini disiarkan? (Tiada siapakah yang boleh memikirkan tentang akibat yang saya dan Alyah perlu tanggung selepas berita tersebut disiarkan?)
“Jujur saya katakan disini, yang kebelakangan ini saya memang tidak menang tangan menjawap panggilan telefon dari pihak keluarga yang menghubungi saya untuk bertanyakan tentang kesahihan berita ini,” katanya.
“Ingin saya tegaskan di sini yang kehidupan peribadi kami adalah hak mutlak kami. Saya kasihankan Alyah, beliau juga ada ibubapa dan saya tidak tahu apa agaknya jawapan beliau pada mereka untuk menepis gossip ini,” katanya.
Menurut Ramli, yang sememangnya rapat dengannya mungkin belum membaca artikel tersebut.
“Ibu saya belum cuba untuk menghubungi saya dan sejujurnya saya risau mengenai reaksinya jika membacanya kelak,” katanya.
Nama Alyah-Ramli memang sudah lama dikaitkan dan kononnya mereka sedang menjalin hubungan intim sejak beberapa lama dulu. Namun, Ramli lebih selesa untuk mengambil pendekatan tidak berminat untuk mengambil tahu dan mengulas mengenai perhubungannya dengan Alyah.
“Saya sudah berumur dan jika benar sekalipun saya akan berkahwin tidak perlulah rasanya untuk saya dan pasangan untuk bertunang, lebih baik buat saja ikut tuntutan agama,” katanya.
Kontroversi pasangan itu mula timbul beberapa minggu lalu apabila sebuah akhbar Melayu melaporkan kononnya Alyah sedang menanti pinangan daripada pihak Ramli.
Ini disusuli dengan laporan seterusnya apabila pihak pengurusan Alyah dikatakan berniat mahu ‘gam’ akhbar berkenaan dengan alasan laporan itu menyinggung perasaan Ramli.
Minggu lalu, timbul pula khabar angin kononnya pasangan berkenaan sudah mendirikan rumahtangga secara rahsia. Apatah lagi, Alyah dikatakan sudah berpindah ke rumah baru Ramli yang terletak di pinggir Kuala Lumpur.
“Saya tidak faham dari mana datangnya berita ini. Sumber yang memberitahu mengenai berita sama sekali ini tidak tahu yang ini tidak benar.
"Buat pengetahuan umum, rumah baru saya masih belum siap sepenuhnya kerana ada masalah kebocoran yang menyebabkan papan kayu di dalam rumah mulai reput. Sekarang ini, saya masih menetap di hotel penginapan yang telah saya duduki selama beberapa tahun,” kata Ramli.
Menurutnya, beliau sudah merancang untuk berpindah ke rumah baru bulan depan namun hasrat tersebut terpaksa ditangguh buat sementara waktu.
“Kalau tiada aral melintang, saya akan berpindah ke rumah baru dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi,” kata Ramli mengakhiri perbualan kami.
0 comments:
Post a Comment