Thursday 18 July 2013

Adam Levine bakal berkahwin dengan model Victoria's Secret

Adam Levine bakal berkahwin dengan model Victoria's Secret


Adam Levine bakal bergelar status suami! Menurut seorang wakil vokalis Maroon 5 itu kepada US Weekly, Adam secara rasminya telah bertunang dengan model pakaian dalam Victoria's Secret, Behati Prinsloo.
"Adam Levine dan kekasih hatinya, Behati Prinsloo sangat teruja untuk mengumumkan bahawa mereka telah bertunang dan akan berkahwin. Mereka telah bersama dan Levine melamar Prinsloo pada minggu lepas di Los Angeles," ujar sumber tersebut.
Kata satu sumber yang rapat dengan pasangan itu, Levine sebelum ini pernah dikaitkan dengan supermodel berusia 21 tahun, Nina Aqdal bagaimanapun menjalinkan semula hubungan dengan Prinsloo setelah berpisah awal tahun ini.
Levine, 33, menyedari dia begitu mencintai Prinsloo dan mula bercinta dengannya pada Mei 2012 sejurus hubungannya selama dua tahun dengan penyanyi dan model baju renang 'Sports Illustrated', Anna VYalitsyna putus pada April 2012.
Sewaktu ditanya semasa temubual bersama Oprah Winfrey dalam Oprah's Next Chapter bulan lepas, Levine mengaku ingin berkahwin.
"Saya mahu berkahwin dalam masa yang akan ditetapkan. Saya tidak merasa tekanan untuk berkahwin. Apabila tiba masanya, saya akan berkahwin dan menikmati perkahwinan ini," kata penyanyi lagu "Move Like Jagger" itu.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More