Sunday, 30 June 2013

Putera Arab Saudi Tuntut Di Istiharkan Kekayaanya


Pangeran "Putera" Arab Saudi Alwaleed bin Talal, membuat tuntutan kepada majalah Forbes atas tindakan pencemaran nama baik kerana meremehkan kekayaanya dalam senarai orang terkaya di dunia yang diterbitkan oleh majalah Forbes.

Forbes sebelumnya menempatkan orang terkaya di timur tengah ini pada urutan ke-26 dengan jumlah kekayaan mencapai 20 bilion dolar. Si Pangeran menegaskan bahawa kekayaan dirinya adalah hampir 30 bilion dolar, ada perbezaan sekitar 9.6 bilion dolar dari data yang diterbitkan oleh Forbes.

Pangeran Arab Saudi Alwaleed bin Talal, telah membuat aduan kepada mahkamah tinggi di London, Ia mengajukan tuntutan penghinaan terhadap penerbit Forbes, editor Randall Lane dan dua wartawan menurut dokumen mahkamah yang dilihat oleh Guardian.

Alwaleed, yang sering digambarkan sebagai ahli perniagaan yang paling berpengaruh di Timur Tengah ini, berjanji untuk memutuskan hubungan dengan Forbes pada Mac lalu ketika Forbes meletakkan dirinya pada kedudukan ke-26 dengan kekayaan 20 bilion dolar.

Melalui cara pelaburan yang berpusat di Saudi, Kingdom Holding, Alwaleed memiliki saham besar di Apple, Twitter dan Rupert Murdoch News Corporation dan Ia telah membina portfolio harta yang tangguh, termasuk Savoy Hotel di London dan Plaza di New York.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More