Thursday, 20 June 2013

Pierre Andre, Nurhidayah Sah Bakal Bernikah 23 Jun Ini


Sekitar Mac 2013 yang lalu, Pierre Andre ada memberitahu yang beliau memang merancang untuk berkahwin sekitar bulan Jun & maklumat baru mengesahkan hajat pelakon itu bakal tercapai.


Berdasarkan gambar undangan perkahwinan Pierre Andre & Nurhidayah, pasangan ini bakal bernikah pada hujung minggu ini iaitu 23 Jun 2013 sekitar 1.00 petang di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati Selayang.


Pierre Andre dan Nurhidayah sebelum ini telah bertunang pada 9 Februari 2013 yang lalu di Johor dan pasangan ini akan menjemput pihak media juga rakan artis untuk memeriahkan majlis pernikahan mereka.


Tahniah didahulukan dari kami buat Pierre Andre & Nurhidayah serta seisi keluarga atas penyatuan dua hati ini.


0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More