Monday, 10 June 2013

MARI MELAWAT TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH TERBESAR HANOI (16 GAMBAR)


Tapak pembuangan sampah Nam Son, ialah tapak pembuangan sampah terbesar di 
Hanoi Vietnam. Ianya mula dibuka pada tahun 1999 dan menjadi tempat 800 orang 
pengutip barang lusuh mencari rezeki yang halal. Setiap hari 6000 tan sampah dibuang 
di Nam Son dan 10 tan daripadanya dapat dikitar semula selepas dikutip oleh pengutip 
barang lusuh. Pengutip ini mula bekerja pada jam 3 pagi kerana ianya masa paling 
selamat kerana ketiadaan lori yang mungkin melanggar mereka. Barang lusuh yang 
boleh dikitar semula kemudian dijual kepada peraih yang terletak di dalam Nam Son. 
Secara purata seorang pengutip barang lusuh boleh mendapat bayaran di antara 80,000 
dan 100,000 Dong (RM 12 - 14 ) sehari. 


0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More