Mari Kita Buat Bunga-Bungaan
Assalamualaikum... Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya.
Kreativiti kali ini khas untuk mereka yang ingin membuat sendiri bunga
hiasan yang sangat mudah. Ianya lebih di kenali sebagai kreativiti DIY.
Apa itu DIY? Ia adalah singkatan dari perkataan "Do It Yourself". Kalau
dalam bahasa melayu..."Anda Lakukan Sendiri".
Oleh kerana blog ini majoriti pembacanya adalah wanita... Entri ini khas untuk
anda. Macam mana saya tahu? Selain dari komen, anda juga boleh
mengetahuinya melalui Alexa.Com
Tapi yang menariknya...pembaca blog ni kaya-raya rupanya! Jadi...rasanya
oleh kerana kaya maka selalulah ada masa terluang melayari intenet...hehehe.
Selain daripada mengetahui Alexa Ranking blog anda, pelbagai maklumat lain
mengenai blog boleh anda dapat dari Alexa.com. dan anda juga boleh tahu
mengenai prestasi dan maklumat blog orang lain juga, berminat?..register lah
Alexa.com.
Berbalik pada kreativiti DIY ini...Ianya tidak sesuai untuk orang kaya, ada duit
tak perlu susah payah nak buat kan, beli jer... lagi mudah. Oleh demikian,
ini hanyalah aktiviti untuk anda meluangkan masa terluang dikala kebosanan.
Boleh juga dijadikan aktiviti bersama anak-anak di hujung minggu.
Anda nikmati dan ringankanlah tangan untuk mencuba. Berikut adalah tutorial
bergambar yang rasanya amat mudah untuk anda ikuti. Saya tidak akan
memberi ulasan kepada setiap gambar...Anda pilihlah yang mana satu
yang anda berkenan...
Selamat mencuba! Do It Youself!
Jika anda berjaya menghasilkan kreativiti DIY ini...kongsikanlah bersama hasilnya dan
pengalaman anda. Terima kasih
0 comments:
Post a Comment