Thursday, 30 May 2013

Video] Restoran Di Jepun Yang Menjual Makanan Dari Tanah


Restoran merupakan tempat yang sesuai untuk menikmati pelbagai jenis menu makanan 
yang boleh memenuhi selera..Namun, bagi sebuah restoran di Jepun, menu makanan 
yang disediakan adalah terdiri daripada tanah..Kalau nak tahu macam mana rupa 
makanan tersebut, meh usha kat bawah ni..

Restoran yang diberi nama Ne Quittez Pas itu biasanya menyajikan pelbagai jenis 
menu makanan laut ala Perancis, namun semenjak 8 tahun terakhir ini, para 
pengunjung mula dihidangkan dengan beberapa jenis menu yang diperbuat daripada 
bahan yang lain daripada kebiasaannya, iaitu tanah. 

Beberapa contoh menu yang boleh dicuba diantaranya adalah "sup tanah yang disajikan 
dengan truffle bertanah", "sorbet tanah", dan menu yang menjadi kegemaran restoran 
tersebut iaitu, "kejutan tanah", yang terdiri daripada bola kentang diselimuti tanah 
yang didalamnya berisi truffle.

Tukang masak dan pemilik restoran itu, Toshio Tanabe, mempunyai alasan khusus 
mengapa beliau menyajikan menu-menu tersebut iaitu "Manusia tidak menciptakan 
lautan, udara atau tanah. Semuanya adalah sebahagian dari alam, dan semuanya 
hidup dalam pengertiannya masing-masing," kata Tanabe secara puitis.

Sebelum menjadi bahan yang boleh dimakan, tanah yang digunakan akan dimasak 
sedikit terlebih dahulu dan diletakkan ke dalam sebuah penapis agar pasir-pasirnya 
hilang. 


Video:


p/s: Entah apa la rasa makanan tu pun tak tahu la..

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More