Thursday, 30 May 2013

Letak Bayi Dalam Peti Sejuk



Dalam satu kes penderaan yang mengejutkan, seorang lelaki dihadapkan 
ke mahkamah semalam atas tuduhan meletakkan anaknya di dalam penyejuk 
beku dengan tujuan untuk menghentikan tangisannya.



Tyler James Deutsch, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera 
kanak-kanak, salah laku jenayah dan menghalang laporan mengenai 
keganasan rumah tangga. Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak 
AS$1 juta (RM3 juta) ke atasnya.

Pendakwa raya Pierce County, Mark Lindquist memberitahu mahkamah, 

Deutsch tertidur selepas meletakkan anaknya di dalam penyejuk beku itu 
Sabtu lalu. Dia terjaga sejam kemudian dan mengeluarkan bayi itu apabila 
ibu kanak-kanak berkenaan pulang.


Dia merampas telefon si ibu yang berusia 22 tahun itu ketika wanita 
berkenaan cuba menelefon untuk meminta bantuan dari kediaman di Roy, Washington.
Wanita itu kemudian membawa kanak-kanak itu dan meminta bantuan jiran 
untuk menelefon polis.Suhu badan kanak-kanak itu jatuh 84 darjah Fahrenheit 
di dalam pembeku ais itu. Deutsch akan berdepan dengan hukuman penjara 
seumur hidup jika didapati bersalah.

-mymetro

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More