Friday, 24 May 2013

Saya Sekarang Dah Ready Nak Bergelar Isteri – Tasha Shilla


Yeah ~~ Berita baik buat Mahali Jasuli terutamanya dan lelaki-lelaki di luar sana yang meminati Tasha Shilla amnya. Si gadis manis ini sudah melafazkan kesediaannya untuk bergelar seorang isteri. Adakah anda sudah bersedia untuk masuk meminang?
tasha shilla
Siapa yang taknak jadikan Tasha Shilla sebagai isteri kan? Dahlah cantik, bekerjaya dan comel pulak tue. Mesti ramai yang gembira dengan berita ini kan? Yang penting anda masih ada peluang kerana hubungan Tasha dengan Mahali hanya sekadar kawan. Kata Tasha Shilla kepada MalaysianDigest:-
Hubungan kami macam biasa, macam sebelum ni. Masih berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya saya masih buka pintu hati saya untuk mana-mana lelaki dengan syarat lelaki itu betul-betul ikhlas, serius dan dah bersedia dengan tanggungjawabnya untuk berkeluarga. Saya tak ada masa nak bercinta-cinta. Saya sekarang dah ready nak bergelar isteri
mahali
Malah Tasha mengakui yang dia berkawan dengan ramai orang dan melayan kawan-kawannya sama rata. Jadi ini bermakna anda ada peluang lagi untuk berkawan dan mendapat layanan special. Untung-untung terus dapat jadi suami Tasha Shilla. Kata Tasha Shilla:-
Bukan hanya dengan dia (Mahali) saja kawan lelaki saya. Saya kawan dengan ramai orang. Mungkin sebab ramai orang kenal dia. Bagi saya, saya layan kawan-kawan saya sama rata. Dia sebenarnya tak berapa selesa bila cerita-cerita hubungan kami dihebah-hebakan. Dia risau dan sedikit sebanyak menganggu fokusnya. Dia juga bimbang kalau nanti, katakan dia tidak mampu beraksi dengan baik di padang, orang akan salahkan saya pula dan menganggap kononnya hubungan kami membuatkan prestasinya menurun.
Apa-apa hal pun tahap respek Abang Nara terhadap Mahali semakin bertambah selepas membaca kata-kata Tasha Shilla di atas. Memang bagus si Mahali ini mementingkan karier bola sepaknya. Namun kalau memang dah ada hati kepada Tasha, Abang Nara nasihatkan cepat-cepatlah Mahali masuk meminang. Takut melepas kang!!!

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More