Saturday 21 September 2013

Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof




Pelakon cantik, Fouziah Gous selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Zhafran Yusof sekitar jam 9.46 malam Sabtu dengan sekali lafaz di hadapan Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki, Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa mertuanya sendiri, Mohamad Khairi Abu Hassan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000. Majlis tersebut turut dihadiri lebih 200 tetamu jemputan.

Selain mas dan wang hantaran, kedua-dua pihak pengantin juga berbalas-balas dulang dengan lelaki menerima tujuh dulang hantaran dibalas pula sembilan dari pihak perempuan, dipetik dari rotikaya.

Kesemua dulang yang diterima lelaki berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma.

Bagi perempuan pula, mereka menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat.

Tahniah admin ucapkan kepada pasangan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof kerana akhirnya sah bergelar suami isteri yang sah walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini.






1 comments:

What's in a casino? | drmcd
There are three types 동두천 출장샵 of casino games: slots, 경주 출장안마 blackjack and roulette. These games can be found on the 과천 출장샵 casino floor at the casino. You can 과천 출장샵 play the game as either 경상북도 출장샵

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More