Wednesday 11 September 2013

Gambar Nora Danish Jadi Penyanyi Pula


nora danish, hiburan, pelakon, artis, selebriti

Dalam kesibukan Nora Danishmenjalani penggambaran filem dan drama, rupanya secara diam-diam pelakonitu juga menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi. Betul ke?Memang betul, tetapi ia hanyalah di dalam sebuah iklan terbaru Petronas berjudul Life Choices yang baru sahaja selesai sesi penggambaran di Kuala Lumpur malam tadi.

Sepanjang sesi penggambaran itu, Nora sering berkongsi foto-foto yang menunjukkan dirinya sedang membuat persembahan di atas pentas sambil bermain gitar.

Melalui foto tersebut, memang nampak gaya Nora seperti penyanyi professionaltetapi ramai yang bertanya adakah Nora benar-benar menyanyi di dalam iklan tersebut ataupun cuma berlakon sahaja? Namun perkara itu masih menjadi misteri buat semua.

Dalam pada itu, pelakon yang sebelum ini terkenal dengan jolokan Ji Hyo Malaysia, kini mendapat gelaran baru apabila salah seorang peminat menyatakan Nora seiras dengan Vanessa Hudgens selepas melihat foto di bawah.
nora danish, hiburan, pelakon, artis, selebriti


nora danish, hiburan, pelakon, artis, selebriti

nora danish, hiburan, pelakon, artis, selebriti

Nak tahu Nora boleh menyanyi ataupun tidak? Sama-samalah kita tunggu kemunculan iklan itu nanti ya.  

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More