Tuesday 3 September 2013

Aksi peluk Stacy antara punca majalah mangga diharamkan



Ekoran gambar aksi peluk Stacy Angie bersama adiknya, Chaq ketika menghiasi muka depan Majalah Mangga, Fatwa difahamkan telah mengambil tindakan untuk mengharamkan penerbitan majalah tersebut kepada umum.

Berikut ialah kenyataan ringkas Mufti Kedah berhubung pengharaman itu - "Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif."

Tindakan pengharaman ini memang ada logik dan benarnya juga namun dengan akses internet yang lebih mudah diperolehi berbanding membeli majalah mangga, tindakan sedemikian hanya memberi impak yang sangat minimum kepada umum. Apapun, ianya satu langkah yang dianggap positif khusus kepada umat muslim.





0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More