Thursday 22 August 2013

Respon Jasmin menang Anugerah Lawak Warna 2013



Pelakon terkenal Jasmin Hamid, 40, yang baru sahaja merangkul trofi anugerah Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV), berkesempatan untuk memberikan ulasan kepada media berhubung kemenangan mengejutnya itu.

Menurut Jasmin, dia tidak menyangka akan memenangi satu trofi di Anugerah Lawak Warna 2013 memandangkan kedatangannya itu hanya untuk memenuhi undangan penganjur dan mempunyai masa terluang.

“Saya datang ke majlis ALW ini bukan atas tiket kemenangan, tetapi disebabkan kelapangan masa yang ada dan amat menghargai undangan daripada Astro."

"Apatah lagi, nama saya juga dicalonkan untuk kategori yang dimenangi ini dan rasanya berbaloi jugalah dapat hadir ke majlis ALW seterusnya naik ke pentas menerima trofi kemenangan.”

Berbicara mengenai lakonannya untuk watak komedi, Jasmin berkata, dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan tawaran lakonan diterimanya termasuklah watak komedi, dipetik Harian Metro

Katanya, walaupun melakonkan watak komedi, tetapi Jasmin akan memastikan lakonannya tiada dialog berunsur lucah atau bermaksud tersirat. 

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More