Saturday 20 July 2013

Video Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli Belah



Video Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli Belah
Video Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli Belah - Sebuah akarium  yang terletak di pintu masuk pusat beli belah Shanghai Orient pecah secara tiba-tiba pada minggu lalu dan menyebabkan 15 orang pengunjung dan pekerja cedera. Lapan yang cedera adalah pelanggan dan selebihnya adalah pembantu kedai dan kakitangan keselamatan. Kebanyakannya mengalami luka yang dalam dan lebam akibat terkena kepingan kaca yang pecah.Tiga jerung lemon dan berpuluh-puluh penyu dan ikan kecil, yang telah ditempatkan di dalam akuarium itu telah menjadi mangsa  dan ianya dirakam oleh kamera CCTV.
Walaupun belum ada lagi laporan rasmi,pengunjung pusat beli belah itu percaya penurunan suhu mendadak mungkin telah menyebabkan akuarium itu pecah kerana perubahan cuaca yang mendadak di Shanghai pada minggu lepas. Akuarium itu dilaporkan sangat popular apabila ia mula dibuka sebelum cuti Hari Kebangsaan dua tahun lalu, tetapi mempunyai masalah dengan tangki sebelum ini kerana pada bulan Jun lalu paip air  telah pecah dan membawa kematian dua jerung dan beberapa ekor penyu. Chen Yongping, yang merupakan jurucakap rasmi pihak pengurusan pusat membeli-belah, berkata bahawa mereka tidak akan ‘membina akuarium dalam masa terdekat di pusat beli belah itu’.
Video Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli Belah 1 Video Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli BelahVideo Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli Belah 2 Video Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli BelahVideo Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli Belah 3 Video Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli BelahVideo Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli Belah 4 Video Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli BelahVideo Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli Belah 5 Video Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli Belah

Video Akuarium DiPenuhi Jerung Pecah Di Pusat Beli Belah

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More