Friday 7 June 2013

Kumpulan Nelayan Tangkap Ikan Jerung Gergasi



Sekumpulan nelayan Amerika Syarikat (AS) yang berjaya menangkap seekor ikan jerung Mako yang dipercayai telah memecahkan rekod tangkapan di luar Pantai Huntington di California dikritik oleh sebuah kumpulan perlindungan haiwan kelmarin.Pengarah kumpulan Shark Stewards yang berpangkalan di California, David McGuire berkata, ikan jerung itu sepatutnya dilepaskan kembali ke laut selepas ditangkap.


"Orang ramai sepatutnya melihat ikan jerung itu sebagai haiwan yang mengagumkan yang penting untuk lautan dan menghargainya," kata McGuire kepada akhbar Times.Kumpulan nelayan diketuai Jason Johnston itu berjaya memperoleh ikan jerung Mako seberat 600 kilogram (kg) pada Isnin lalu selepas mereka berusaha selama lebih dua jam untuk menangkap ikan sepanjang 3.6 meter itu.


Ia dipercayai ikan jerung Mako yang terbesar pernah ditangkap.Rekod terdahulu menunjukkan ikan jerung Mako yang pernah ditangkap pada Julai 2001 di luar pantai Massachusetts, AS hanya seberat sekitar 500kg.Bangkai ikan jerung Mako itu akan didermakan kepada Persatuan Kebangsaan Kelautan dan Atmosfera untuk tujuan penyelidikan.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More