Monday, 24 June 2013

(GAMBAR) Ngeri! Anggota Badan Berkecai Digilis Dua Kereta



Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan ngeri tercampak dan digilis dua buah kenderaan selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 540, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berdekatan Sungai Buloh awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, mangsa, Lim Ket Kwee, 41, memandu kereta jenis Proton Wira seorang diri namun gagal mengawal kenderaannya dan merempuh pembahagi lebuh raya.
Kereta mangsa kemudian dikatakan merintang di tengah lebuh raya sehingga mengakibatkan dua buah kenderaan gagal mengelak lalu merempuh mangsa.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, sejurus selepaskemalangan itu, satu lagi kemalangan berlaku membabitkan tiga buah kenderaan lain di arah bertentangan lebuh raya.
“Sebuah kenderaan jenis Proton Persona turut dirempuh Toyota Vios selepas pemandu kereta itu memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan tersebut.
“Pemandu Vios itu dikatakan tidak sempat membrek dan terus melanggar belakang kereta Persona lalu melanggar sebuah lori yang berhenti untuk membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan di laluan bertentangan sebelum itu.
“Berikutan rempuhan itu, Persona tersebut telah terbakar namun pemandu dan penumpangnya hanya cedera ringan,” katanya.
Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.


0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More